HARTA GUAM : Credit to Dato’ Nazri ( BATAL GANTI)

BATAL GANTI

1. Projek perumahan dulu dulu terutamanya sebelum tahun 2015 banyak yang deliver VP atau vacant possession atau pemilikan kosong tanpa geran atau suratan hakmilik individu.

2. Dalam kes hartanah yang tertakluk pada kebenaran jualbeli dari pihak berkuasa negeri, senarai nama nama Pembeli pertama telah dikemukakan dan satu kebenaran pindahmilik”secara pukal” diberi kepada Pemaju untuk pindahmilik kepada nama- nama yang disenaraikan. Ini disebut BLANKET CONSENT.

3. Maka berlaku penjualan sub sale oleh Pembeli pertama, nama Pembeli baru akan dimaklumkan kepada Pemaju melalui suatu notis.

4. Apabila berlaku lagi penjualan oleh Pembeli pertama untuk unit lain, yang dikendalikan oleh Peguam lain, juga akan dimaklumkan kepada Pemaju. Setiap penjualan ini masih tertakluk kepada kebenaran pimdahmilik.

5. Pemaju boleh samada setiap kali dimaklumkan, membuat permohonan membatalkan nama Pembeli Pertama yang disenaraikan dalam list asal tadi, dan menggantikan dengan nama Pembeli baru.

6. Pemaju boleh buat submission satu persatu, atau mengumpulkan beberapa penjualan dan buat submission sekali gus.

7. Permohonan untuk batalkan nama Pembeli asal dan memasukkan nama Pembeli baru sebagai ganti, di sebut istilahnya sebagai BATAL GANTI.

8. Selagi tiada halmilik individu, inilah prosesnya.

9. Jika suratan hakmilik individu dah keluar, Penjual akan memohon terus consent kepada state tanpa melalui Pemaju.

Nota tambahan:

BATAL GANTI ini tak sama dengan batalkan hubungan dengan awek lama dan GANTI dengan awek baru. Juga tak sama dengan adat BATAL AIR SEMBAHYANG dalam majlis nikah.

-Nazri

 

 

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *