UNTUNG VS. RUGI.

 

Walaupun kita belajar silibus Matematik yang sama, tapi tafsiran untung serta rugi setiap orang berlainan.

Untung pada sesetengah orang, satu kerugian pada sesetengah yang lain. Awal dirasakan rugi, kemudian hari baru sedar itu sebenarnya untung.

Sesal dahulu boleh untung, sesal kemudian rugi jadinya.

Mari saya kongsikan sekadar beberapa kisah benar yang bakal menceritakan bermacam-macam tafsiran manusia terhadap situasi untung vs. rugi.

Beli rumah pada tahun 2004 pada harga RM 160k dan 5 tahun kemudian dijual semula pada harga RM 250k. Pemilik ketika itu dengan gembira isytihar beliau telah membuat untung sebanyak RM 90k.

Pemilik seterusnya (yang beli pada harga RM 250k) berhasrat ingin menjual semula rumahnya yang pada ketika itu dinilai pada harga RM 650k. Beliau terima pelbagai tawaran: yang tertinggi pada nilai RM 550k.

Tawaran ini ditolak dengan alasan nanti akan “rugi”.

Pemilik asal dapat RM 90k: untung.
Pemilik kedua bakal dapat RM 300k: rugi.

Ada juga kes di mana pemilik terdesak mahu jual rumahnya dengan segera kerana bakal dilelong. Nilai rumah ketika itu RM 700k.

Ada pembeli tunai yang tawarkan harga RM 500k, hutang pemilik cuma tinggal RM 450k. Tawaran tersebut ditolak oleh pemilik dengan alasan “rugi”.

Akhirnya rumah tersebut dilelong di bawah RM 400k. Maka, adakah sekarang beliau sudah untung?

Kisah seterusnya, pemilik mahu sewakan rumahnya pafa kadar sewaan RM 1200 sebulan. Ada prospek yang tawarkan RM 1100 sebulan, tawaran yang tertinggi diterima oleh pemilik.

Namun pemilik berkeras tetap mahukan harga yang dimintanya. Alasan? “Rugi” lah, apa lagi.

Akhirnya 8 bulan rumah beliau kosong tidak diduduki.

Berapa kadar kerugian beliau selama 8 bulan tersebut? Mengambil kira tawaran tertinggi RM 1100 yang diterima: RM 1100 x 8 bulan, bersamaan RM 8800.

Berapakah jumlah “kerugian” yang didakwa bakal dialaminya dalam tempoh 8 bulan sekiranya tawaran RM 1100 itu diterimanya? RM 100 x 8, bersamaan RM 800.

Mana lebih “untung”, rugi RM 8800 atau rugi RM800? Kiralah sendiri menggunakan kalkulator.

Orang tamak selalu rugi, orang bijak selalu beruntung.
.
.

#syakiryangtuntas
Perunding hartanah berdaftar.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *