MISTERI DUIT YANG HILANG ENTAH KE MANA.

 

Masa saya lebih kecil dan comel iaitu sekitar tahun 80-90 an, ketika itu saya perhatikan kos perbelanjaan harian isi rumah tidak setinggi hari ini.

Adakah disebabkan oleh kenaikan harga barang? Ya dan tidak.

Ya, sebab setiap tahun pasti kita akan mengalami peningkatan harga barang disebabkan perkara-perkara seperti inflasi.

Tidak, sebab kadar gaji tahun 80-an pula sudah tentulah tidak sama seperti pada hari ini.

Sebenarnya kalau diperhatikan, pada hari ini kita “terpaksa” membelanjakan wang kepada saluran-saluran yang tidak pernah wujud pada era 80-an dahulu.

🚫 Dulu tidak ada telefon pintar: hangus RM 2k-3k setahun.

🚫 Dulu tidak ada telco mudah alih: hangus RM 100-200 setiap bulan.

🚫 Dulu tidak ada Astro: hangus RM 100-200 setiap bulan.

🚫 Dulu tiada UNIFI: hangus RM 100-200 setiap bulan.

🚫 Dulu tak banyak keluarga ada 2 kereta: hangus RM 500-x000 sebulan.

🚫 Dulu basikal adalah basikal: hari ini basikal harga kereta dan motorsikal.

🚫 Dulu motorsikal adalah motorsikal: hari ini motorsikal bermaksud superbike.

🚫 Dulu tak banyak kompleks membeli-belah: di Kuantan cuma ada sebuah.

🚫 Dulu tak banyak restoran makanan segera: McDonald’s pertama di Kuantan mula beroperasi pada tahun 1995.

🚫 Dulu budaya makan di luar tidak serancak hari ini: wanita-wanita pada ketika itu lebih gemar memasak.

🚫 Dulu tiada Starbucks dan Coffee Beans, bahkan bistro Mamak pun adalah satu konsep yang asing.

Di atas ini cuma satu senarai sebahagian saluran yang tiada pada era 80-90 an. Saya percaya kita boleh senaraikan lebih banyak lagi.

Jadi kalau pada hari ini kita lihat duit gaji setiap bulan mencair lebih laju berbanding secawan ais krim sundae McDonald’s, maka ketahuilah ianya bukan disebabkan gaji kita kecil tetapi sebab kita berbelanja lebih banyak berbanding ibu dan ayah kita dulu.

Maka terungkailah sebuah misteri.
.
.

credit to #syakiryangtuntas
Perunding hartanah berdaftar.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *