MENYELAMI HATI SEORANG PROSPEK.

 

Bukan senang untuk menduga apa yang bermain-main di hati dan pemikiran seorang prospek.

Kebiasaan saya apabila menerima inkuiri daripada prospek yang berminat dengan hartanah yang saya jual, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah melakukan tapisan.

Saya akan membentangkan kepada prospek tersebut kos-kos yang diperlukan untuk melakukan pindah milik terhadap hartanah yang ditanya. Ini termasuklah perkara-perkara seperti wang pendahuluan, deposit, kos guaman, anggaran bayaran balik dan lain-lain.

Saya turut menerangkan proses dan prosedur yang perlu dilalui. Saya juga akan menawarkan beberapa alternatif seandainya prospek menghadapi masalah dengan keperluan-keperluan tertentu terutamanya deposit.

Sekiranya proses tapisan ini berjaya dan pembeli menawarkan kesanggupan, barulah sesi lawatan tapak akan dilakukan. Sekiranya tidak berjaya, samada saya akan menawarkan opsyen yang lebih bersesuaian dan mampu milik, atau perundingan itu terhenti di situ.

Namun begitu, ada kes-kes tertentu yang berakhir dengan kegagalan walaupun proses tapisan telah pun disempurnakan.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah membawa sepasang suami-isteri melihat sebuah rumah. Kelihatan pada masa itu, pasangan ini sudah jatuh hati dengan rumah tersebut (memang cantik dengan tanah yang luas).

Selang beberapa hari selepas itu, si suami yang berurusan dengan saya menarik diri dengan memberikan sebab ketiadaan deposit dan kos guaman. Sedangkan semasa proses tapisan dilakukan, beliau menyatakan tiada masalah dengan syarat-syarat yang dinyatakan (deposit dan kos guaman).

Begitulah, bukan senang jadi perunding hartanah. Terpaksa berhadapan dengan misteri alam semulajadi iaitu pemikiran dan hati manusia.

Kalau tak tahu tidaklah mengapa, ini sudah tahu lagi membuang masa.
.
.

#syakiryangtuntas
Perunding hartanah berdaftar.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *