5 RISIKO MENJUAL HARTANAH TANPA BANTUAN PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR.

 

Saya selalu katakan, pemilik-pemilik hartanah berpeluang untuk menjimatkan kos urusan pindahmilik dan jualbeli hartanah dengan cara melantik perunding hartanah berdaftar (REN) menguruskan penjualan hartanah mereka.

Tapi ada yang akan kata, “Eh, jimat celah mananya kalau kena bayar 3% caj profesional? Baik jual sendiri, tak payah bayar kau orang apa-apa”.

Malangnya pemahaman sebegini sering kali menyimpang daripada realiti dan boleh berkesudahan dengan pemilik mengalami kerugian wang ribuan ringgit.

Saya senaraikan sebahagian risiko menjual hartanah tanpa bantuan REN yang boleh menjerumuskan seorang pemilik hartanah dalam kancah kerugian:

⚠️ Ditipu pembeli.

Kisah benar, seorang pemilik tanah ditipu oleh pembeli hampir RM 400k kerana “dinasihatkan” supaya tidak lantik peguam. Proses pindahmilik dilakukan sebelum pemilik dapat bayaran penuh dan tanah pesaka hilang hakmilik begitu saja. Sekiranya ada REN yang uruskan, pasti hal sebegini boleh dielakkan.

⚠️ Rumah tidak terjual dalam tempoh masa yang lama.

Selalu saya temui kes-kes di mana akhirnya pemilik menyerah kalah dan lantik REN untuk bantu jualkan hartanah mereka. Puncanya, pemilik tidak tahu cara pemasaran yang betul dan seringkali tetapkan harga jualan yang tidak munasabah kerana ketiadaan ilmu dan pemahaman terhadap suasana semasa pasaran hartanah.

⚠️ Terjual hartanah dengan harga yang terlalu rendah.

Banyak juga kes penjualan hartanah yang mana berakhir dengan pemilik termakan dengan pujuk rayu pembeli yang padu, menyebabkan akhirnya mereka terjual hartanah dengan harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang orang lain jual. Sekiranya ada pihak tengah seperti REN yang lebih mahir menganalisa tawaran, situasi sebegini mungkin boleh dielakkan.

⚠️ Pembaziran masa.

Proses pindahmilik mengambil masa yang sangat lama adakalanya memakan tempoh bertahun-tahun. Sebabnya, pemilik tidak pandai menapis pembeli yang berkesudahan dengan menerima tawaran pembeli silih berganti tetapi kesemuanya tidak berjaya disebabkan kegagalan mendapatkan pembiayaan. Sekiranya melalui tapisan REN, kes-kes seperti ini boleh diminimakan.

⚠️ Ditipu oleh peguam tidak bertanggungjawab.

Saya pernah saksikan sendiri, pemilik yang tertipu dengan peguam tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj guaman melebihi ketetapan yang dibenarkan oleh kerajaan. Tanpa nasihat dan panduan REN, risiko sebegini pasti meningkat. Sekiranya menggunakan peguam panel yang dilantik oleh agensi hartanah, sudah pasti peguam-peguam sebegini tidak boleh cari makan.
.
.
Kalau anda mahu bantu kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat daripada berterusan rugi, sila #share artikel ringkas ini. InsyaAllah ada saham buat anda di situ.
.
.

credit to #syakiryangtuntas
Perunding hartanah yang bencikan penipuan.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *