SIMPTOM ALERGI HARTANAH LOW COST.

 

Berapa ramai orang muda yang pandang sebelah mata saja pada rumah-rumah “low cost”?

Sampaikan tahap alergik pun ada. Sentuh dinding pun tak boleh, nanti naik ruam-ruam dan gatal-gatal satu badan.

Sudah satu kerja terpaksa cari bedak berubat Carrie yang boleh membantu melegakan ruam lampin, dan kerengsaan kulit yang ringan.

Kenapa, mengapa dan apa puncanya sampai boleh jatuh ke tahap sebegini? Kenapa pemilikan hartanah low cost (kos rendah) dilihat begitu tidak menarik dan begitu hina?

Antara sebab yang menjadikan munculnya simptom-simptom alergik sebegini termasuklah:

1️⃣ Kemaluan yang wujud tak bertempat. Dilihat pembelian rumah-rumah low cost ini seperti tiada kelas dan standard.

2️⃣ Cemuhan kawan-kawan sebaya. “Eh awak tu kan ada degree. Kerja engineer, takkan beli rumah low cost je kut? Tu level orang kerja kilang je bro.”

3️⃣ Halangan ibu-bapa. Percaya atau tidak, memang terjadi kes-kes sebegini. Ibu tak benarkan anak lelaki kesayangannya beli flat kos rendah sebab anaknya itu “pegawai kerajaan”. Bukan tahapnya untuk tinggal di rumah-rumah sebegitu, sepatutnya rumah teres 2 tingkat di Putrajaya.

4️⃣ Segan dengan girlfriend/tunang. Lebih-lebih lagi sekiranya si perempuan itu berasal daripada keluarga yang berada. Ini bukan kisah rekaan, memang sungguh ada yang terjadi.

Kita harus faham, dalam hidup ni apa sahaja perkara yang kita lakukan, pasti akan ada tentangan. Nak ke disko pun ada orang halang, nak ke Mekah pun ada orang kritik.

Yang pentingnya diri kita, perlu ada ketegasan, dan ketegasan ini tidak boleh membabi-buta. Ianya perlu diasaskan kepada ilmu.

Itu tanggungjawab kita untuk berpegang pada keputusan yang dirasakan betul dan tepat untuk masa depan kewangan kita. Hidup kita, masa depan kita, yang menanggungnya nanti bukan orang-orang yang duduk mencemuh dari luar itu.

Sampaikan kefahaman dan suntikkan kesedaran kepada yang berkata dan mengata ini. Beritahu mereka kenapa pada masa, tika dan ketika ini, hartanah-hartanah kos rendah inilah yang sesuai untuk dimiliki.

Siapa yang tak mahu memiliki banglo idaman 2 tingkat dengan kolam renang di tepi? Tapi mungkin belum tiba masanya untuk itu.

Kawan-kawan kita mungkin masih terlalu muda dan mentah untuk menilai hakikat serta realiti hidup. Ibu-bapa kita mungkin belum sedar akan realiti dan cabaran pemilikan hartanah hari ini yang tidak seperti di zaman mereka. Awek kita mungkin terlebih tonton drama cinta jam 7.

Jadi semua ini bakal jadi tanggungjawab kita.

Berdakwahlah, dakwah itu bukan dalam hal-hal solat dan najis semata. Ajak kepada perkara-perkara yang baik dan jauhkan diri daripada perkara-perkara yang menyesatkan akal.
.
.

#syakiryangtuntas
Kempen anak muda cinta hartanah kos rendah.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *