LAMBAKAN RUMAH TIDAK TERJUAL DAN KESANNYA KEPADA BAKAL PEMBELI RUMAH PERTAMA.

 

Ada lambakan rumah-rumah yang tidak terjual yang dianggarkan bernilai RM29.47 bilion di Malaysia pada ketika ini.

Cuma yang tidak dinyatakan, samada figur ini merujuk kepada kedua-dua pasaran primer (underdon) dan sekunder (subsale) atau hanya pasaran primer.

Yang pasti, ini adalah satu jumlah yang besar.

Harga rumah diramal akan terus merosot disebabkan kadar pembelian yang berkurang; dipengaruhi beberapa faktor antaranya:

1. Harga nilaian semasa yang mahal.

2. Ketidakmampuan pembeli.

3. Kesukaran mendapatkan pinjaman.

4. Kurangnya elemen nilai tambah hartanah terbabit.

Tidak silap saya beberapa hari yang lepas juga ada Timbalan Menteri menyatakan harga rumah akan semakin turun sehingga 2021. Ianya boleh jadi betul, boleh jadi juga tidak tepat.

Persoalan sebenarnya; yang dikatakan akan turun itu:

1. Rumah jenis apa?
2. Rumah dalam julat harga berapa?
3. Berapa banyakkah penurunannya?

Jika kita perlu tanya lagi kepada diri kita; adakah rumah-rumah pangsapuri mampu milik yang menjadi permintaan kebanyakan orang akan mengalami penurunan harga yang ketara?

Sejauh manakah sebuah rumah teres yang asalnya dijual pada (contoh) RM 160-180k pada 15 tahun lepas dan hari ni bernilai RM 700k, akan turun harga?

Adakah realistik untuk kita menanti sebuah rumah bertanah pada harga RM500k, untuk jatuh harganya sehingga ke bawah paras RM 300k (nilai yang disebut sebagai paras maksimum kemampuan golongan pertengahan)?

Adakah juga realistik untuk kita mengharapkan pemilik asal yang beli rumahnya pada harga RM 500k (contoh) 2 tahun yang lepas , akan jual rumahnya dengan harga runtuh RM 300k (contoh) pada tahun ini tanpa sebarang sebab munasabah sedangkan nilai pembiayaannya sahaja sudah RM 450k (anggaran)?

Poin sebenar saya di sini adalah, sebagai pengguna, sejauh manakah impaknya kepada rakyat golongan bawahan dan pertengahan dalam yang mengalami kesukaran memiliki hartanah disebabkan faktor-faktor seperti harga, kesukaran mendapatkan pembiayaan, antaranya?

Jadi saranan saya kepada bakal-bakal pembeli rumah yang baru, ambillah laporan ini dengan secubit garam. Ianya mungkin, atau mungkin tidak akan memberi kesan kepada anda.

Usah terlalu mengharap kepada sesuatu yang belum pasti. Sebaiknya teruskan berusaha dan cari langkah yang lebih pasti dalam ikhtiar anda mendapatkan hartanah milikan sendiri.
.
.

credit to #syakiryangtuntas
Perunding hartanah yang tidak pasti.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *