PASTIKAN ANDA SUDAH LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEBELUM TANDATANGAN PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH!!!

PASTIKAN ANDA SUDAH LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEBELUM TANDATANGAN PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH!!!
.
.

OK, hati sedang berbunga-bunga kerana rumah idaman sudah ditemui. Negosiasi dengan pemilik rumah berjalan lancar, harga yang dihajati pun sudah diperolehi.

Dengan seronok, terus minta lawyer siapkan dokumen perjanjian jual beli (SPA), dan tandatangan serta serahkan deposit seperti yang telah dijanjikan. Pemilik pun ikut sama selepas itu tandatangan setuju terima dan wang deposit itu pun diserahkan kepada beliau untuk buat duit belanja pergi melancong.

Esok harinya, tanpa berlengah-lengah kita pun terus ke bank untuk mohon pembiayaan. Bank minta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti slip gaji, penyata bank, salinan SPA dan lain-lain. Bank kata tunggu dalam tempoh 1-2 minggu untuk dapatkan keputusan dan kita pun tunggulah dengan jantung yang berdegup kencang dup dap dup dap.

Selepas 2 minggu, dapat panggilan daripada no bank yang kita sudah simpan dalam smartphone. Siap sudah sync ke awan, takut-takutlah telefon hilang nanti susah pulak.

Akan ada 4 kebarangkalian berita yang kita akan terima daripada bank masa itu:

1️⃣ Permohonan gagal secara total.

2️⃣ Permohonan lulus tetapi dengan margin pembiayaan yang rendah.

3️⃣ Permohonan lulus tetapi rupanya harga belian melebihi harga nilaian.

4️⃣ Permohonan berjaya seperti diharapkan.

Sekiranya kita dikhabarkan oleh bank dengan berita daripada senario no 1-3, masa itu sebenarnya kita sudah “screw up”. Kenapa saya kata begitu? Mari kita lihat apa yang akan terjadi bagi setiap senario.

📣 SENARIO 1️⃣ Permohonan gagal secara total:

⚠️ Kita tidak dapat pembiayaan, bermakna kita perlu bayar tunai harga rumah.

⚠️ Kita ada pilihan untuk batalkan pembelian TETAPI wang deposit tadi akan hangus kerana perjanjian SPA sudahpun ditandatangani.
.
.

📣 SENARIO 2️⃣ Permohonan lulus tetapi dengan margin pembiayaan yang rendah:

⚠️ Kita tidak dapat pembiayaan secukupnya untuk tampung baki harga rumah selepas ditolak deposit.

⚠️ Ini bermakna, kita perlu “top up” lebihan harga yang tidak ditampung oleh pembiayaan bank.

⚠️ Sama seperti senario no 1, kita boleh pilih untuk batalkan pembelian tetapi wang deposit tadi akan hangus kerana perjanjian SPA sudahpun ditandatangani.
.
.

📣 SENARIO 3️⃣ Permohonan lulus tetapi rupanya harga belian melebihi harga nilaian:

⚠️ Rupanya pemilik rumah jual kepada kita dengan harga melebihi nilaian semasa!

⚠️ Ini bererti kita telah bersetuju untuk membeli sebuah rumah yang dijual lebih tinggi berbanding nilai sebenarnya.

⚠️ Seperti senario 2, kita perlu top up lebihan harga yang tidak ditampung oleh pembiayaan bank.

⚠️ Sama seperti senario no 1 & 2, kita boleh pilih untuk batalkan pembelian tetapi wang deposit tadi akan hangus kerana perjanjian SPA sudahpun ditandatangani.
.
.

Jadi di dalam ketiga-tiga senario di atas, kita akan merana kerana kini berhadapan dengan risiko kehilangan wang deposit 10% atau terpaksa cari jalan lain untuk tampung lebihan harga rumah yang tidak dapat ditanggung melalui pembiayaan bank.

Itu harga yang perlu kita bayar kerana tidak buat “due dilligence” sebelum membeli rumah.

Maka untuk mengelakkan situasi sebegini daripada terkena kepada kita, sila lakukan perkara-perkara di bawah terlebih dahulu SEBELUM membuat keputusan untuk membeli rumah:

✔️ Semak kelayakan pembiayaan dengan bank.

✔️ Semak nilai sebenar rumah yang hendak dibeli dengan bank.

✔️ Mohon pembiayaan SEBELUM menandatangani SPA.

✔️ Tandatangani surat tawaran sebagai tanda setuju sebelum tandatangan SPA. Ini memberikan anda peluang untuk mohon pembiayaan sebelum perlu menandatangani SPA.

✔️ Pastikan dalam surat tawaran yang ditandatangani, dimasukkan klausa “tertakluk kepada kelulusan pembiayaan bank, wang booking dikembalikan 100% sekiranya gagal”.

✔️ Lantik seorang perunding hartanah berdaftar untuk bantu anda menguruskan pembelian daripada awal hingga akhir.

InsyaAllah, anda boleh mengelakkan masalah yang besar dan kerugian wang yang banyak sekiranya anda telah melakukan perkara-perkara yang telah saya huraikan di atas.

Bertindak dengan bijak, bertindak dengan akal, dan bertindak dengan bantuan, kita mampu mengelakkan situasi seperti ini daripada menimpa kita.
.
.

Sila SHARE artikel ringkas ini supaya ianya boleh dimanfaatkan oleh kawan-kawan yang lain.

credit to #syakiryangtuntas
Perunding hartanah berdaftar

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *