Rumah Pun Ada Proses Sambung Bayar Saja : Boleh atau Tidak?

INGIN BELI RUMAH SECARA SAMBUNG BAYAR?
.
.

Saya pernah jumpa pembeli yang ingin beli rumah secara ‘sambung bayar’. Saya juga pernah jumpa pemilik rumah yang ingin jual rumahnya dengan menggunakan kaedah yang sama.

Saya sangkakan penjualan kereta saja yang gunapakai kaedah ini (banyak group sambung bayar kereta di Facebook), rupa-rupanya rumah pun ada juga walaupun tidak sebanyak kereta. Betul kreatif tak bertempat orang-orang kita ni.

Walaupun nampak mudah dan asasnya ada perlindungan yang dimeterai secara bertulis (perjanjian), namun hakikatnya penjualan sebegini terdedah kepada beberapa risiko termasuklah:

 Perjanjian jual beli cara ini mirip dengan kaedah sambung bayar bagi kereta, yang mana ianya bertentangan dengan undang-undang walaupun dengan kewujudan satu dokumentasi perjanjian dan dilakukan melalui khidmat peguam.

 Walaupun secara zahirnya tanggungjawab menyelesaikan baki pinjaman telah dipindahkan kepada pembeli baru, namun begitu daripada perspektif bank, ianya kekal di bawah tanggungjawab pembeli asal.

 Pemilik sebenar (asal) terdedah kepada risiko dan liabiliti seandainya pembeli sambung bayar tidak menjelaskan bayaran bulanan.

 Pembeli baru tiada hak untuk melakukan sebarang transaksi baru ke atas hartanah tersebut seperti memohon perlindungan insuran, menjual kembali atau membuat refinance selagi ianya masih di atas nama pembeli asal.

 Seandainya berlaku kematian terhadap pembeli asal, waris pembeli asal bakal mewarisi rumah tersebut dan pembeli sambung bayar tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan. Begitu juga sebaliknya.

 Pembeli sambung bayar terdedah kepada risiko pemilik asal tidak mahu menyerahkan rumah tersebut apabila sudah berakhir tempoh pembiayaan.

Jadi seruan saya kepada tuan-puan, elakkan mencari nahas dan jauhkan transaksi jual-beli hartanah yang menggunapakai amalan sebegini. Lebih banyak risiko buruk daripada keuntungan yang tuan-puan akan hadapi.

Urusan pemilikan dan bayar-balik sebuah rumah bakal mengambil tempoh yang sangat lama dan sepanjang tempoh tersebut, macam-macam boleh berlaku.

Jangan letakkan diri kita dalam kedudukan yang sukar yang mana kemudiannya bakal mengakibatkan kerugian amaun wang yang besar.

*Sila SHARE artikel ringkas ini untuk membantu kawan-kawan kita supaya tidak terdedah kepada risiko penjualan/pembelian rumah secara sambung bayar.
.
.

CREDIT TO SYAKIR ZAINOL
Perunding hartanah berdaftar.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *