PEMBIAYAAN LPPSA BAGI KAKITANGAN KERAJAAN PRECAUTIOUS

KAKITANGAN KERAJAAN YANG MAHU MOHON PEMBIAYAAN LPPSA SILA BERHATI-HATI!
.
.

Anda kakitangan kerajaan? Ingin beli rumah dan mohon pembiayaan LPPSA? Sila berhati-hati!

Pastikan rumah yang anda hendak beli itu TIADA ciri-ciri ini:

 Masih di bawah master title (geran induk) DAN sudah berusia lebih 10 tahun;

DAN

 Pemilik sekarang adalah pemilik yang ke-2 (anda bakal jadi pemilik yang ke-3).

Kalau rumah yang anda hendak beli itu memiliki KEDUA-DUA ciri di atas, ketahuilah yang LPPSA tidak akan luluskan permohonan pembiayaan anda.

Untuk dapatkan kelulusan LPPSA biasanya akan ambil masa 4-5 bulan dan bayangkan selepas tempoh ini cuma baru anda akan tahu permohonan anda ditolak.

Lebih malang lagi, kalau anda sudah tandatangan perjanjian jual beli (SPA) dan deposit 10% sudah dijelaskan kepada pemilik asal. Silap cara, deposit boleh hangus dan yuran guaman sudah dibayar.

Sekiranya anda beli rumah baru (undercon) atau rumah subsale yang tidak memiliki ciri-ciri di atas maka anda akan selamat, insyaAllah.

Jadi sila berhati-hati dan buat sedikit due diligence terhadap rumah yang hendak anda beli itu. Dapatkan khidmat bantuan peguam atau perunding hartanah berdaftar untuk buat semakan sebelum anda melakukan pembelian.

*Sila #SHARE post ini untuk bantu kawan-kawan kita kakitangan kerajaan.
.
.

#syakiryangtuntas
Perunding hartanah berdaftar.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *