ANTARA DUA DARJAT

 

“Nak beli rumah kos sederhana, tak mampu. Nak mohon rumah PPR, tak layak.”

Beginilah nasib ramai orang yang saya dah temui.

Ini senario yang saya panggil sebagai “tersepit antara dua darjat.” Tergolong di antara dua kumpulan, atas sempadan.

Kalau beli rumah biasa, nanti sesak poket, sesak nafas. Mahu beli rumah PPR, sudah dikira terlebih “kaya”.

Dilemma. Yang di sini tak dapat, yang di sana pun melepas.

Jadi kena bersabarlah. Tingkatkan dan teruskan berusaha lebih giguh untuk dapatkan rumah idaman (keperluan) satu hari nanti

Yang pastinya, wajib berkorban. Tak kiralah berkorban wang, berkorban tenaga, berkorban angan-angan.

Hidup mesti di alam realiti. Berpijak haruslah pada bumi yang nyata.

Bila ada kekangan, jalan keluar pasti perlukan pengorbanan. Terima itu.

Oh ya, mungkin ramai antara kita yang masih belum jelas berkenaan syarat-syarat yang dikenakan kerajaan untuk memohon rumah PPR.

Di bawah adalah syarat-syarat umum permohonan yang perlu dipatuhi:

1️⃣ Warganegara Malaysia.

2️⃣ Berumur 18 tahun ke atas.

3️⃣ Pendapatan isi rumah di bawah RM 3000 sebulan.

4️⃣ Pemohon belum memiliki rumah.

5️⃣ Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan. oleh kerajaan negeri
.
.
Silakan #SHARE untuk bantu memandaikan masyarakat.

CREDIT TO SYAKIR ZAINOL
Perunding hartanah berdaftar.

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *