Housing Loan

Sebagai ejen hartanah, kami ni selalu jadi tempat mengadu apa-apa yang pemilik hartanah rasa tak puas hati. Antara ayat contoh yang selalu dibebelkan mereka adalah “saya dah bayar rumah ni bertahun-tahun, tapi bila tengok baki hutang, macam tak kurang banyak”. Aduhhh..

Ramai tak faham, loan perumahan adalah berbentuk ‘kuadratik’ antara prinsipal vs interest. Peringkat awal bayaran balik pinjaman, memang interest jauh lebih tinggi dari bayaran balik prinsipal.

Berbeza dengan pinjaman kereta atau pinjaman peribadi, graf bayaran balik antara prinsipal vs interest adalah berkadar ‘linear’. Bermakna amaun interest dan prinsipal adalah tetap dari bulan pertama bayaran balik hingga ke penghujungnya.

Jadi, kalau baru bayar balik pinjaman perumahan 5-10 tahun, jangan lah harapkan loan dah banyak berkurang. Di awalnya, memang kita akan lebih banyak ‘menginfak’ faedah je kepada bank. Dan jugak jangan lah marah bank. Tak de gunanya.

credit to

-ST-

There are no comments yet.

Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *